Berita Semasa

Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin Islam paling berpengaruh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Anwar menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Ia menjadikan Perdana Menteri tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori yang sama pada tahun 2022.

Menerusi kategori ‘Penghargaan Terhormat’ meletakkan Anwar di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai itu.

Individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Sementara itu, ahli cendekiawan Islam, Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada masa sama berjaya menduduki tempat ke-25.

Show More

Related Articles

Back to top button