Luar Negara

Hezbollah mengaku lancar serangan artileri, roket ke utara Israel

LEBANON – Puak Hezbollah mengaku melancarkan serangan artileri dan roket ke atas beberapa sasaran di utara Israel, pada Ahad.

Laporan agensi Al-Jazeera berkata, antara lokasi disasarkan termasuk kedudukan yang ditawan Israel di kawasan perladangan Shebaa, dan pusat radar regim berkenaan di Zibdin dan Ruwaisat al-Alam.

“Kami menyasarkan tiga kedudukan Israel di wilayah dijajah di Ladang Shebaa.

“Kami turut melancarkan serangan artileri dan peluru berpandu ke atas pusat radar di Zibdin dan Ruwaisat al-Alam,” kata puak tersebut dalam satu kenyataan ringkas.

Tentera Israel sejak Sabtu sudah bertempur dengan pejuang Hamas dan Jihad Islam yang berjaya menyusup masuk menerusi sempadan di selatan negara itu.

Show More

Related Articles

Back to top button