Berita Semasa

Mesyuarat khas PRK DUN Jepak Isnin minggu depan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 25 September ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

“Selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak yang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, mesyuarat khas tersebut yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan memutuskan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi
melaksanakan pilihan raya tersebut.

Tambahnya lagi, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat
khas tersebut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button