Berita Semasa

Faktor kesihatan juruterbang bukan punca nahas pesawat Elmina

KUALA LUMPUR – Laporan mengenaui pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa mendapati juruterbang pesawat itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh menimbulkan sebarang bahaya ketika penerbangan.

Menurut laporan itu, juruterbang dan pembantunya memiliki sijil perubatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang sah.

“Berdasarkan keterangan saksi, juruterbang dilaporkan sihat pada malam sebelum kemalangan. Saksi itu juga berkata bahawa juruterbang mempunyai rehat yang baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi.

“Semakan sijil perubatan dan sokongan dokumentasi menunjukkan bahawa juruterbang melaporkan tiada kebimbangan perubatan yang ketara dan menghadiri Pemeriksa Perubatan yang Ditetapkan (DME),” katanya dalam laporan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, pembantu juruterbang berkenaan juga memegang Sijil Perubatan CAAM yang sah mulai 15 September 2022 hingga 30 September 2023.

“Semakan sijil perubatan dan dokumentasi sokongan menunjukkan bahawa pembantu juruterbang ini tiada kebimbangan perubatan yang ketara. Berdasarkan sejarah dan pemeriksaan fizikal yang ada, juruterbang ini tidak mempunyai tahap kesihatan yang boleh menimbulkan bahaya besar kepada keselamatan penerbangan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button