Uncategorized

KPKT pinda garis panduan rumah ibadat bukan Islam

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meminda garis panduan permohonan program Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi memastikan tiada rumah ibadat menerima peruntukan secara berulang dalam tempoh singkat.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pindaan itu menetapkan syarat baharu, di mana mana-mana premis RIBI yang sudah menerima peruntukan tidak dibenarkan membuat permohonan semula dalam tempoh tiga tahun.

“Permohonan sama ada secara terus atau melalui sistem e-RIBI akan disaring terlebih dahulu oleh kementerian sebelum dinilai oleh pasukan penilaian dan pemantauan.

“Kemudian akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas inisiatif penyenggaraan RIBI di peringkat KPKT,” katanya di sini hari ini.

Mesyuarat jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT dan kekerapan mesyuarat akan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima.

Aiman Athirah berkata, langkah itu bertujuan memastikan peruntukan yang diagihkan adalah bersasar, adil dan dapat memenuhi keperluan sebenar rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.

Show More

Related Articles

Back to top button