Berita Semasa

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di 7 negeri hingga Jumaat hadapan

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Pahang pada minggu hadapan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) dalam tempoh Selasa sehingga Jumaat minggu hadapan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu; Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah pada minggu hadapan.

Menurutnya, Kawasan terlibat ialah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Isnin ini.

“Amaran berwaspada ini dikeluarkan apabila analisis model-model cuaca berangka menunjukkan hujan berterusan dijangka bermula satu hingga tiga hari akan datang atau hujan atau ribut petir yang sedang berlaku dijangka berterusan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button