Berita Semasa

Kanak-kanak cedera di kepala akibat jatuh basikal meninggal dunia

SUNGAI BULOH – Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang parah selepas terjatuh daripada basikal di Jalan Stesen Kuang di sini, Khamis lalu dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa itu daripada pihak keluarga pada 2.11 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10 pagi dan kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala disyaki terlibat dalam kejadian pelanggaran dengan kenderaan lain, namun siasatan lanjut mendapati, dia terjatuh setelah seluar dipakainya tersangkut pada rantai basikal.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 200 meter berhampiran kawasan sekolah.

Show More

Related Articles

Back to top button