Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Warga emas maut dilanggar ketika menukar tayar kereta

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas maut apabila dirempuh sebuah kenderaan pikap yang dilanggar oleh bas ketika sedang menukar tayar kenderaan di laluan kecemasan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

“Bas berkenaan melanggar bahagian belakang kenderaan pikap itu yang kemudian bergerak ke depan dan melanggar mangsa yang sedang mengambil tayar ganti di but kereta.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang berusia 65 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Mohd Iqbal menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Show More

Related Articles

Back to top button