Berita SemasaSukan

TMJ nasihat kelab bola sepak ukur baju di badan sendiri dalam berbelanja

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan pengurusan bola sepak di negara ini agar ukur baju di badan sendiri dalam berbelanja.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor bertitah, ia adalah bagi memastikan kelab bola sepak tidak berdepan masalah khususnya dalam isu tunggakan gaji.

“Mahu urus kelab benda mudah, ada RM10, belanja RM7. Perbaiki infra sikit, ada sasaran realistik. Ini tidak, semua janji menang piala nak jadi populis.

“Ada RM10, belanja RM15, lepas tu bila gagal bayar gaji, daripada pihak pengurusan hingga ke penyokong semua salahkan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Liga MFL dan pasukan yang juara JDT.

“Semua orang salah kecuali diri sendiri. Bola sepak Malaysia tak gagal, anda yang gagal,” kata baginda dalam Instastory semalam.

Terdahulu, Tunku Ismasil dalam satu kenyataan membidas pihak yang mendakwa bola sepak Malaysia telah ‘gagal’.

Baginda bertitah, keadaan sebenar tidak sebegitu kerana ia hanya gagal jika diuruskan oleh individu yang tidak layak berada dalam industri bola sepak.

Show More

Related Articles

Back to top button