Berita Semasa

TCT Nutraceuticals sertai MIHAS@Dubai

DUBAI – Pengeluar kosmetik terkemuka di Malaysia, TCT Nutraceuticals Sdn Bhd terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dengan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS@Dubai) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 18 hingga 20 November.

Menurut Pengarah Urusannya, Toms Wu, penyertaan mereka dalam pameran itu menunjukkan komitmen TCT dalam memperkenalkan produk kosmetik halal OEM Malaysia ke pasaran global.

“Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk membawa produk kosmetik halal
yang berkualiti tinggi ke pasaran global.

“Kami juga dalam perancangan untuk
meningkatkan kecekapan pengeluaran melalui automasi dan inovasi digital,
sambil mengekalkan kualiti terbaik,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Sepanjang pameran itu delegasi TCT yang terdiri daripada Toms Wu, Pengarah Pembangunan Perniagaan; Azreen Azman, Pengarah Pemasaran; Taevin Teh dan Pengarah Jualan; Sean Hoh turut menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) untuk meneroka jalinan kerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa.

Antaranya, perbincangan bersama Anusha Malik daripada Matrix Pharma, Pakistan; Kurt Hugh Paul Cordiglia daripada Morvest Business Group LTD, Afrika Selatan; Muhammed Salim daripada syarikat Ibn Batuta Medicines & Medical Equipment Store, LLC, UAE; Dr. Wolfgang Langhoff, syarikat Kofi Supplements FZCO, Jerman dan Deepa daripada Soul Senses Spa & Wellness, UAE.

Kerjasama ini memberi harapan kepada TCT untuk memperkukuh kehadirannya
di pasaran global.

Menurut penganjur, sebagai pameran halal sulung Malaysia di luar negara, MIHAS@Dubai menarik 215 syarikat tempatan daripada pelbagai sektor, termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan gaya hidup yang mensasarkan jualan eksport bernilai RM1 bilion.

Pameran ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat perdagangan halal global.

TCT Nutraceuticals adalah peneraju dalam industri kosmetik halal dengan pengalaman lebih enam tahun dalam penghasilan produk kecantikan dan kesihatan berkualiti tinggi.

Sebagai pengeluar OEM (Original Equipment Manufacturer) dan Original Design Manufacturer (ODM), TCT menyediakan pelbagai solusi kosmetik yang memenuhi standard halal dan memastikan produknya bebas daripada bahan-bahan yang meragukan.

Sehingga November tahun ini, TCT telah membangunkan lebih 300 jenama kosmetik, mengukuhkan reputasi mereka sebagai pengeluar kosmetik halal yang dipercayai di pasaran global.

Show More

Related Articles

Back to top button