Berita Semasa

Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

GEORGETOWN – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.

Show More

Related Articles

Back to top button