Berita SemasaDalam Negeri

Terengganu tidak umum bonus penjawat awam dalam belanjawan 2025

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu tidak mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2025 yang berlangsung di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan situasi kewangan kerajaan negeri yang memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi setiap perbelanjaan.

“Sebarang berita baik berkaitan bonus hanya akan diumumkan setelah mendapat kelulusan dan pengesahan daripada MOF.

“Dalam banyak keadaan, apa yang kita nak umumkan dari segi angka dan jumlah itu, kita kena mohon dahulu kepada MOF dan dapatkan pengesahan. Bila kelulusan diberi, barulah kita boleh melaksanakannya,” katanya di sini hari ini.

Samsuri turut berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan kepada MOF beberapa bulan lalu. Permohonan itu merangkumi pelbagai perkara termasuk isu bonus untuk penjawat awam.

“Insya-Allah, bila kelulusan diperoleh, kita akan laksanakan termasuk pemberian bonus,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai jumlah bonus yang bakal diterima penjawat awam, beliau berkata ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan kelulusan MOF.

Pembentangan Belanjawan 2025 itu diadakan semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button