Berita SemasaLuar Negara

Trump umum Elon Musk, Ramaswamy ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan yang baharu

WASHINGTON – Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Elon Musk dan calon presiden Republikan, Vivek Ramaswamy sebagai calon yang akan mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan yang akan diketuainya.

Trump dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua individu itu akan menjadi ‘pembuka jalan’ dalam usaha merombak birokrasi dalam kerajaan.

Beliau juga berikrar untuk mengurangkan peraturan yang berlebihan, memotong perbelanjaan yang tidak perlu dan menstruktur semula agensi persekutuan.

Sementara itu, Trump semalam turut mengumumkan bekas hos Fox News dan veteran tentera Pete Hegseth dicalon untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan AS.

Kepercayaan Trump terhadap Hegseth berpaksikan ketegasannya dan prinsip ‘America First’ dan mengelar tokoh berkenaan sebagai ‘pahlawan untuk tentera dan negara’.

 

Show More

Related Articles

Back to top button