AgamaBerita Semasa

Jakim siasat insiden pelancong China baling jubah di Majid Putra

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius berhubung video tular memaparkan pelancong China membaling jubah di Masjid Putra, Putrajaya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihak pengurusan masjid telah menjalankan siasatan dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap insiden itu.

“Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, tular satu video memaparkan pelancong China yang dilihat membaling jubah ke arah pengawal keselamatan Masjid Putra.

Selain membaling jubah, pelancong berkenaan dikatakan turut melanggar atau menyepak beberapa buah kon yang diletakkan di masjid tersebut.

Sementara itu, Sirajuddin berkata, pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai dan para pelancong ke yang dengan mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Ke Masjid Putra.

“Ia adalah bagi mempromosikan mesej keindahan dan keharmonian Islam sejagat dan di masa yang sama tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak beradab yang boleh mencemar kesucian rumah Allah,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button