Automatif & TeknologiBerita Semasa

MCMC teliti penggunaan teknologi satelit LEO bagi tambah baik liputan internet

KUALA LUMPUR – Bagi menambah baik liputan internet di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti teknologi baharu termasuk direct to device yang menggunakan teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, teknologi baharu dalam penyediaan perkhidmatan internet itu bakal memberi manfaat kepada pengguna di kawasan terbabit.

Tambah Nie Ching, langkah terbabit menunjukkan komitmen MCMC untuk menambah baik perkhidmatan internet dan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

“Beberapa penambahbaikan juga akan dilakukan, termasuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam Jendela Fasa 2 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, selepas Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) bertanya mengenai lokasi yang memerlukan peningkatan sambungan internet dan usaha kementerian memperbaikinya melalui teknologi terkini seperti satelit atau menara bagi menangani masalah sambungan yang lemah.

@malaysiatribune

Bagi menambah baik liputan internet di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti teknologi baharu termasuk direct to device yang menggunakan teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO). Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, teknologi baharu dalam penyediaan perkhidmatan internet itu bakal memberi manfaat kepada pengguna di kawasan terbabit. #malaysiatribune #mcmc #internet #parlimenmalaysia #dewanrakyat #komunikasi

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Ditanya bila teknologi satelit LEO dapat digunakan, Nie Ching berkata, sebanyak 2,700 lokasi dikesan memerlukan penambahbaikan liputan Internet.

Justeru itu, beliau menjelaskan, MCMC sedang mengenal pasti jenis teknologi yang paling sesuai digunakan di tempat terlibat.

“Kita sedang meneliti teknologi apa yang paling sesuai untuk setiap lokasi supaya apabila Jendela Fasa 2 dilaksanakan kelak, kita boleh gunakan teknologi baharu dan kita mengharapkan keputusan dapat dicapai tahun depan,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Larry.

Show More

Related Articles

Back to top button