Berita Semasa

Ribut di Puncak Alam, struktur bumbung hempap beberapa kenderaan

SHAH ALAM – Beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam rosak dihempap struktur bumbung dan papan tanda ketika ribut dan hujan lebat hari ini.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas struktur papan tanda pasar raya berkenaan rosak ekoran ribut kuat yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu tular di media sosial ribut kuat yang menumbangkan struktur bumbung dan papan tanda di sebuah pasar raya di sini sehingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.

Malah di beberapa video lain yang dirakam di lokasi lain di sekitar Puncak Alam turut menunjukkan hujan lebat dengan angin kencang yang menyebabkan orang ramai terpaksa mencari tempat perlindungan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

 

Show More

Related Articles

Back to top button