Bisnes & Ekonomi

Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai akan diperluas – LHDN

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memperluas pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) secara rintis ke atas perolehan kerja dan perkhidmatan perunding (fizikal).

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, langah itu dibuat berdasarkan impak positif pelaksanaannya.

“Dengan langkah ini, TCC akan menjadi salah satu dokumen yang diwajibkan di peringkat tawaran perolehan sekali gus memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara,” katanya hari ini.

Jelasnya, TCC telah dijadikan sebahagian daripada dokumen prasyarat bagi pembayar cukai/pembida memohon perolehan kerajaan mulai tahun 2023 dan pengemukaan TCC bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan telah berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu.

Dalam pada itu katanya, rempoh pelaksanaan TCC secara rintis kepada perolehan kerja dan perkhidmatan perunding (fizikal) itu mula dilaksanakan pada 1 Oktober lalu hingga 31 Mac 2025 melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Secara Rintis Untuk Permohonan Perolehan Kerajaan Bagi Perolehan Kerja Dan Perkhidmatan Perunding (Fizikal) telah dimuat naik untuk rujukan dan
panduan kepada pembayar cukai/pembida menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/gxaa10qq/20240930-garis-panduan-operasitcc-secara-rintis-perolehan-kerja.pdf.

Ujarnya, sebarang pertanyaan lanjut berhubung TCC boleh disalurkan menerusi e-mel tcc@hasil.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button