Berita SemasaPM X

Anwar setuju Jabatan Audit Negara audit 2,000 GLC

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kata Anwar, langkah tersebut selari dengan hasrat kerajaan mahu mewujudkan era tadbir urus dan pengurusan yang lebih baik di negara ini, di samping memastikan mana-mana syarikat kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Gesaan supaya terus diberi pemantauan (terhadap GLC) dan kita telah bersetuju bahawa Ketua Audit Negara audit semua 2,000 GLC ini supaya jadi kejutan (peringatan) kepada semua (supaya) lebih bertanggungjawab.

“Kadang-kadang pelanggaran (dalam tadbir urus) itu masih berlaku (dan) berterusan di beberapa peringkat.

“Tidak ada jalan lain (selain) untuk kita jalankan audit dan pantau terus,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang membangkitkan persoalan mengenai usaha kerajaan untuk memastikan GLC kembali kepada mandat sebenar.

Show More

Related Articles

Back to top button