Jenayah & Mahkamah

Polis sambung reman lelaki dirakam memandu secara berbahaya

GEORGETOWN – Seorang pemandu kereta yang dirakam memandu secara berbahaya disambung reman selama tiga hari lagi.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake yang berkata tempoh reman itu dilanjutkan sehingga 23 Okt.

Menurut Swee Sake, suspek berusia 39 tahun itu yang ditahan 17 Okt lalu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, media melaporkan suspek diberkas selepas videonya tular, apabila memandu melulu dan memberhentikan kereta secara mengejut, selain memecahkan cermin kenderaan lain.

Siasatan awal turut mendapati, suspek mempunyai 12 rekod kesalahan lampau dan akan turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button