
Jenayah & Mahkamah
Guru wanita lebam mata ditumbuk rakan sekerja lelaki
CHUKAI – Seorang guru wanita cedera dipercayai akibat dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata kejadian dikatakan berlaku pada jam 6.55 pagi di kawasan kantin sekolah berkenaan.
Dalam insiden itu, beliau berkata, seorang guru lelaki berusia 49 tahun didakwa menumbuk mata kiri dan menyepak mangsa berumur 32 tahun.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga seorang guru Bahasa Inggeris, lebam pada mata kiri.
“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |