Jenayah & Mahkamah

Polis sahkan kehilangan 4 pelajar tahfiz

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan  menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pelajar tersebut dipercayai keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang.

“Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka di bawah kes orang hilang ( OH ) dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki yang juga penghuni pusat tahfiz terbabit sejak semalam.

Dalam hantaran tular itu, keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka.

 

Show More

Related Articles

Back to top button