Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Maritim Malaysia tahan kru bot kargo operasi secara tidak sah

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot kargo di kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Klang pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu adalah hasil daripada Ops Khas Jamlar yang telah dijalankan bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) bermula semalam dan berakhir pada hari ini.

“Penahanan dibuat oleh Bot Perkasa 35 dan pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warganegara tempatan berumur 62 tahun.

“Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati lesen bot tersebut telah tamat tempoh dan juga tiada insurans serta nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Abdul Muhaimin berkata, bot dan kru di bawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, bot tidak memiliki insuran dan juga nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

“Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

“Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.
.

Show More

Related Articles

Back to top button