Berita SemasaDalam Negeri

Empat rakyat Malaysia dari Lubnan tiba di KLIA pagi ini

PUTRAJAYA – Seramai empat rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar dari Lubnan dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, seorang lagi warga negara Malaysia dari Lubnan dijangka tiba ke tanah air petang ini.

Menurut Wisma Putra, proses evakuasi rakyat Malaysia itu dipermudahkan melalui perlepasan menggunakan pesawat komersial oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beirut.

“”Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat,” katanya.

Kementerian Luar semalam memaklumkan pihak kedutaan Malaysia di Lubnan sedang dalam proses membawa keluarga rakyat Malaysia dan pasangan warga negara ini susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

Ketegangan konflik memuncak apabila Israel berikrar untuk membalasa serangan peluru balistik Iran dengan serangan berskala besar dalam masa terdekat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button