Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta segera daftar e-Konsular
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang tinggal atau melancong di Iran dan Iraq diminta mendaftar diri melalui e-Konsular berikutan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.
Rakyat negara ini yang berada di rantau itu juga dinasihatkan bersedia menghadapi kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan membuat penyesuaian sewajarnya terhadap pelan perjalanan masing-masing
Rakyat Malaysia juga dinasihat mengekalkan komunikasi rapat dengan kedutaan bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan panduan diperlukan.
Kedutaan Malaysia di kedua-dua negara berkenaan giat berhubung dengan rakyat Malaysia yang mendaftar bagi memastikan keselamatan mereka dan memberikan maklumat terkini.
Kementerian itu yang juga dikenali Wisma Putra akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini jika perlu demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia di Iraq boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau telefon +964 786 497 0086 dan +964 786 497 0087 atau e-mel mwbaghdad@kln.gov.my.
Bagi yang berada di Iran, mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran di No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb atau melalui panggilan telefon +98 21 88072444 / +98 21 88078606 / +98 9121130144 serta e-mel mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com.