Berita Semasa

MDEC buka permohonan tiga geran bagi galakan PKS guna teknologi AI

KUALA LUMPUR – Kementerian Digital, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), telah mengambil langkah penting untuk menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Justeru itu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, MDEC, pada bulan ini, telah membuka permohonan baharu untuk tiga geran iaitu Geran Pemangkin Digital Malaysia (MDCG), Geran Kandungan Digital (DCG) dan Geran Eksport Digital Malaysia (MDXG).

“MDCG, sebagai contoh, menawarkan sehingga RM1 juta atau 50 peratus daripada kos projek untuk memacu inovasi dalam sektor digital Malaysia, dengan AI menjadi satu bidang sasaran utama.

“Berfokus pada memupuk penyelesaian berskala dan berimpak tinggi, geran itu menyokong projek dalam sektor yang digalakkan Digital Malaysia (MD) sehingga satu tahun,” katanya.

Perasmian Next Big Tech Asia 2024, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian Next Big Tech Asia 2024, di ibu negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, MDCG telah dianugerahkan kepada 59 syarikat sejak 2021, yang membawa kepada pelbagai penyelesaian inovatif yang meningkatkan produktiviti.

“Kita mesti berhubung dengan negara jiran dan meneroka pasaran besar Asia Tenggara.

“Wilayah ini mempunyai lebih 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), dan mencatatkan jumlah KDNK sebanyak AS$ trilion pada 2022,” katanya lagi.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo meluangkan masa melawat reruai sempena perasmian Next Big Tech Asia 2024, di ibu negara, hari ini.

Sementara itu, Gobind berkata, Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) ASEAN diramalkan akan membuka kunci sehingga AS$ 2 trilion dalam nilai untuk ekonomi digital ASEAN menjelang 2030.

Show More

Related Articles

Back to top button