PM X

PM rakam ucapan takziah pemergian bekas MP Ketereh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan kepada keluarga Muhammad Mustafa atas pemergian Allahyarham malam semalam.

Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham yang juga mantan Ahli Parlimen Ketereh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit sebagai seorang sahabat yang baik.

“Mendoakan keluarganya dikurniakan kekuatan, serta mendoakan agar ruh beliau diampunkan segala dosa dan diberi tempat teristimewa di-Sisinya,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Muhammad menghembuskan nafas
terakhirnya pada pukul 11.10 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Perkhabaran duka itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

ADUN Kijang itu memberitahu, Allahyarham merupakan bekas Senator Dewan Negara
(2017-2020), ADUN Demit (2008-2013) dan Ahli Parlimen Ketereh (1999-2004).

Show More

Related Articles

Back to top button