Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Suspek pengedar dadah warga asing ditahan bersama 2 kg kokain

NILAI – Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan selepas seorang warga asing bertindak agresif ketika diperiksa di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Putra Nilai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, suspek yang menaiki kereta Perodua Bezza itu cuba melepaskan diri ketika ditahan pada pukul 4.30 petang.

Katanya, hasil serbuan oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu berjayan menemukan sejumlah dadah dipercayai jenis kokain dianggarkan seberat 2,270 gram bernilai RM430,000.

“Pihak polis daripada JSJN Bukit Aman yang menjalankan Operasi Khas di sekitar Nilai terserempak dengan kereta dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan yang mencurigakan.

“Menyedari kehadiran polis, seorang suspek bertindak agresif dan melarikan diri manakala seorang lagi suspek dapat ditangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika melaksanakan proses tangkapan, polis melepaskan dua das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri kerana suspek bertindak agresif.

Abdul Malil berkata, permohonan reman terhadap suspek yang ditangkap dibuat di mahkamah Seremban dan suspek dibenarkan reman selama tujuh hari bermula semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button