Berita Semasa

Kartel palsu tuntutan hilang upaya Perkeso, KKM sedia beri kerjasama kepada SPRM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi kerjasama penuh kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor kanan yang dikaitkan dengan pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

KKM dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan sedia memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan.

“Kementerian ini tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa pada tahap terbaik,” katanya.

Semalam media melaporkan tiga doktor kanan yang bertugas di dua buah hospital di Pulau Pinang ditahan SPRM selepas dipercayai terlibat dalam kartel pemalsuan dokumen untuk tujuan tuntutan palsu Perkeso.

Show More

Related Articles

Back to top button