Berita Semasa

Pihak berkuasa terus pantau keselamatan tanah sekitar Masjid India

KUALA LUMPUR – Pemantauan struktur tanah di sekitar Jalan Masjid India di sini susulan kejadian tanah jerlus telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kerja-kerja pemantauan untuk mengukur tahap keselamatan struktur itu melibatkan keluasan kira-kira 65 meter dari pintu gerbang Masjid India.

“Kerja-kerja survei oleh JMG akan bersambung semula esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, jatuh ke dalam lubang pembentungan ketika melalui laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India.

DBKL memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa wanita warga India yang terjatuh di dalam lubang pembentungan pada hari ini tertumpu di kawasan ‘end point’ loji Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.

Katanya, pasukan SAR juga sedang dalam tindakan memecahkan dinding (atas) manhole di lokasi kejadian untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas di dalam manhole.

“Hasil daripada pencarian tersebut adalah negatif.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 7.30 malam ini ekoran hujan lebat di kawasan kejadian,” katanya.

Sementara itu, operasi pencarian yang bermula pagi tadi dibantu penggunaan alat Radar Penembusan Tanah atau GPR oleh Agensi Nuklear Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button