Luar Negara

Angkasawan terkandas di ISS akan dibawa pulang tahun depan

LOS ANGELES – Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memutuskan dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Butch Wilmore dan Sunita Williams hanya akan dibawa pulang tahun depan.

Kedua-dua angksawan itu tiba di ISS pada 6 Jun dengan menaiki kapal angkasa Boeing Starliner dan dijadual kembali selepas lapan hari, tetapi terkandas di angkasa lepas selama lebih dua bulan disebabkan masalah teknikal pada kapal angkasa terbabit.

Ketika itu, Pusat Kawalan Penerbangan mengesan kebocoran helium dan masalah dengan pendorong kawalan tindak balas pada 6 Jun semasa Starliner menghampiri stesen angkasa.

Sehubungan itu, NASA memutuskan untuk hanya membawa pulang kapal angkasa berkenaan dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya dan Boeing terus mengumpul data ujian pesawat berkenaan.

“Wilmore dan Williams akan meneruskan tugas mereka secara rasmi sehingga Februari 2025.

“Mereka akan pulang ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Dragon bersama dua anggota lain yang ditugaskan dalam misi SpaceX Crew-9 agensi itu,” kata NASA dalam satu kenyataan.

Bagi memastikan ruang dok di ISS tersedia untuk misi Crew-9, Starliner dijangka memasuki kembali atmosfera Bumi secara autonomi dan terkawal pada awal September sebelum pelepasan misi Crew-9, menurut NASA.

Misi Crew-9, yang pada asalnya dijadual membawa empat anak kapal akan dilancarkan 24 September.

Show More

Related Articles

Back to top button