Berita Semasa

Kepala air: 170 mangsa banjir di Slim River dipindahkan ke PPS

SLIM RIVER – Seramai 170 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village dan Ulu Slim, Slim Village.

Perkembangan itu dimaklumkan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA), Shahrizal Hussin.

Menurut Shahrizal, PPS pertama dibuka di Masjid Jamek Kampung Pasir manakala yang kedua di Masjid Jamek Slim Village.

“Jambatan besi di kampung berkenaan yang digunakan penduduk juga telah runtuh.

“Di PPS Masjid Jamek Slim Village pula seramai 51 mangsa membabitkan 12 keluarga yang terdiri daripada penduduk Kampung Slim Village,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Shahrizal berkata, Jambatan Slim Village berdekatan Balai Polis Slim Village juga runtuh menyebabkan penduduk terputus hubungan sama ada ke arah Slim River mahu pun Tanjung Malim.

Katanya, jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan setakat ini seramai 170 orang yang membabitkan 41 keluarga.

Show More

Related Articles

Back to top button