Sukan

Piala FA: MetMalaysia ramal hujan lebat, ribut petir sebelum aksi JDT menentang Selangor

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku pada sebelah petang esok menjelang pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dalam aksi akhir Piala FA.

Menurut MetMalaysia menerusi laman Facebook, bagaimanapun cuaca cerah dijangka berlaku pada sebelah malam.

“Selamat bergelar juara kepada pasukan JDT dan Selangor FC yang akan berentap di pentas akhir Piala FA 2024-2025 pada Sabtu, 24 Ogos 2024. Diharapkan perlawanan akhir ini berlangsung dengan lancar,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai untuk mengikuti  media sosial rasmi dan laman web jabatan itu di www.met.gov.my untuk informasi cuaca yang pantas dan tepat.

“Muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia,” katanya.

Perlawanan antara JDT dan Selangor FC bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) pada pukul 9 malam esok.

Aski membabitkan kedua-dua pasukan itu pasti menjadi tumpuan pelbagai pihak susulan pertembungan panas luar padang membabitkan penyokong kedua-dua pasukan itu sejak akhir-akhir ini.

Mengikut rekod, JDT telah memegang status juara secara berturut-turut pada 2022 dan 2023 manakala Selangor pula pernah menjuarai Piala FA sebanyak lima kali.

Kali terakhir Selangor menjulang piala itu ialah pada 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button