Berita Semasa

Kepala air: 15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terperangkap di Risda Eco Park, Ulu Slim River, Perak pada petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, dalam kejadian jam 6 petang itu kesemua mereka dipercayai tidak dapat keluar dari kawasan itu untuk menyelamatkan diri susulan kejadian kepala air dan pokok tumbang.

Menurut Jurucakap Balai Bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang, Jumaat.

Menurut maklumat awal, jurucakap berkenaan berkata kesemua mangsa berkhemah di kawasan itu dan sepasukan pegawai dan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.

Setakat ini, kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan.

Show More

Related Articles

Back to top button