Berita Semasa

SKM sampaikan bantuan kepada mangsa banjir Masjid Tanah

MASJID TANAH – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sini yang terkesan akibat bencana banjir pada 11 Ogos lalu.

Bantuan berupa 100 bakul makanan dan set tilam itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar kepada wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN Tanjung Bidara, untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan.

Rusli turut menyampaikan bantuan yang sama secara bersemuka kepada 10 penduduk Kampung Pulau, di sini.

Pemberian bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SKM selaras dengan prinsip koperasi yang ketujuh iaitu mengambil berat terhadap masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button