Berita Semasa

KPK tambah baik kelestarian industri sawit, elak sekatan eksport

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memberi penekanan dalam menambah baik kelestarian ekosistem pengeluaran produk berasaskan kelapa sawit.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penekanan tersebut penting bagi meningkatkan nilai eksport produk sawit tersebut, sekali gus diterima oleh negara-negara lain tanpa sebarang sekatan.

“Sekarang ini sedang menuju ke arah mengeluarkan produk kelapa sawit yang agak berbeza dengan mana-mana pengeluar lain yang mana kita menekankan kelestarian dan mana-mana negara dalam dunia mereka tidak boleh sekat kelapa sawit kita kerana kita mematuhi soal-soal alam sekitar, penjagaan buruh dan piawaian antarabangsa.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap sebagai panel dalam bual-bicara anjuran Penerangan UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Mengulas dengan lebih lanjut, Johari turut memaklumkan bahawa kementerianyan akan memastikan industri kelapa sawit negara tidak mengalami nasib yang sama seperti industri getah dan koko yang mempunyai tahap kebergantungan import yang tinggi.

“Oleh kerana kita tak jaga dari segi getah ini, hari ini kita menjadi sebuah negara pengimport getah terbesar. Walhal dulu kita pengeksport getah asli, sekaranh kita jadi pengimport getah asli.

“Tiap-tiap tahun kerajaan terpaksa import RM6 bilion getah asli untuk bagi kepada industri, untuk menghasilkan produk berasaskan getah negara kita,”

“Begitu juga dengan kita punya komoditi macam koko. Koko dulu, banyak syarikat daripada luar datang ke negara kita ini, membuat industri makanan yang pakai koko, kerana. Kita mengeluarkan koko sebanyak 300,000 tan.

“Bila saya ambil kementerian ini, saya tengok daripada 300,000 metrik tan tinggal 500 tan. Jadi apa berlaku? Dulu kita eksport koko. Kita bagi industri kita pakai. Sekarang ini kerajaan terpaksa mengimport koko bernilai RM7.8 billion,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button