Berita SemasaPolitik

BN letak muka baharu di PRK Mahkota – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon muka baharu bagi mewakili kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, perincian lanjut berhubung perkara itu akan dibincangkan dan diputuskandalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan minggu depan.

“Kita akan berbincang dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan minggu depan dan prinsip yang pertama ialah di mana kerusi-kerusi itu dipegang oleh sebuah parti maka formulanya parti itulah yang akan bertanding.

“Ini sangat dihormati oleh parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan dan inilah asas kedudukan apabila kita meletakkan calon di PRK Dun Mahkota itu.

“Saya akan umumkan bila tiba masanya. Ada muka baharu ke? Insya-Allah muka baharu”, katanya memetik laporan Buletin TV3.

Datuk Seri Ahmad Zahid mengulas mengenai calon BN yang akan mewakili kerajaan perpaduan dalam PRK berkenaan.

Beliau ditemui media sempena Program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) di ibu negara.

PRK Dun Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zin pada 2 Ogos lalu.

Sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 September.

Show More

Related Articles

Back to top button