Politik

Annuar Musa dakwa pengundi PN tidak keluar undi akibat berita ‘pihak lain’ dapat duit

GUA MUSANG – Tan Sri Annuar Musa mendakwa lebih 2000 pengundi putih Perikatan Nasional (PN) tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Dakwa Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri itu, tindakan tidak keluar mengundi itu berpunca daripada tempias berita ‘pihak lain’ mendapat duit.

“Pusat mengundi baru ditutup. Lebih 2000 pengundi putih PN tidak keluar gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.

Tambah bekas ahli UMNO itu, kadar keluar mengundi yang tinggi juga mungkin memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

“Persaingan mungkin sengit. Kita berserah pada Allah jua,” ujarnya lagi.

Terdahulu, peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri mencecah 71.87 peratus setakat jam 4 petang tadi, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Peratusan itu sekali gus menyaksikan ia lebih tinggi berbanding peratus keluar mengundi PRK Sungai Bakap iaitu 63.45 peratus yang dicatatkan pada Julai lalu.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Show More

Related Articles

Back to top button