Kematian Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut – Ketua Polis Selangor
SHAH ALAM – Polis mengklasifikasikan kematian penyanyi, Nidza Afham yang ditemukan di Sungai Klang semalam sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dijalankan pada pukul 11 pagu selesai pada 3 petang tadi.
“Punca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Nidza Afham.
Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.
Mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.