Sukan

Chong Wei tegur netizen kritik atlet negara hingga lampaui batas

KUALA LUMPUR – Legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan orang ramai agar berpada-pada dalam mengkritik atlet negara.

Pemenang perak tiga edisi temasya Olimpik itu mengecam tindakan orang ramai yang melontarkan kecaman sehingga melampaui batas terhadap atlet yang bertanding dalam Temasya Olimpik Paris 2024.

“Terima kasih jaguh-jaguh negara kerana menyatupadukan bangsa Malaysia dengan persembahan padu di Paris. Anda semua telah mengharumkan nama negara di persada dunia

“Chong Wei berharap usaha untuk Los Angeles 2028 kena berlaku segera. Atlet , jurulatih dan badan-badan sukan haruslah menggunakan pengalaman di Paris dan lagi mengingatkan usaha untuk impian emas 4 tahun nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Bekas pemegang rekod pemain nombor satu dunia paling lama itu turut memerli mereka yang menggunakan akaun palsu semata-mata untuk mengecam atlet negara.

“Yang nak komen, biarlah berpada-pada. Bagilah nasihat yang membina dan janganlah engkau bermisai dan gigi jongang, tapi profil muka awek suci selepas itu komen yang negatif (sehingga) boleh merosakkan keyakinan atlet kita serta memusnahkan perpaduan negara,” perlinya.

Show More

Related Articles

Back to top button