PM X

PM nafi dakwaan akan lakukan rombakan Kabinet

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan desas-desus yang mengatakan kerajaan akan melakukan rombakan Kabinet sekali lagi.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, pihaknya tidak mendengar mengenai rombakan Kabinet seperti yang dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.

“Saya tidak dengar lagi. Siapa yang nak tolong reshuffle (rombak),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan Kabinet Kerajaan Perpaduan dijangka mengalami rombakan dalam masa terdekat sebagai usaha menyusun semula barisan menteri termasuk pertukaran menteri yang kurang prestasi.

Menurut portal berita tersebut, sumber dari DAP mengesahkan terdapat perbincangan tentang rombakan Jemaah Menteri yang mungkin berlaku menjelang akhir Ogos dengan beberapa timbalan menteri dijangka dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.

Untuk rekod, kali terakhir Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button