Sukan
Paris 2024: Rezeki memihak Shah Firdaus, layak ke akhir acara keirin
PARIS – Rezeki ternyata tidak salah alamat buat pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Saharom yang berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas atlet Jepun, Kaya Ota disingkirkan.
Dalam perlumbaan kedua peringkat separuh akhir itu, Shah Firdaus hanya berada di tempat keempat di belakang Ota dan pemenang pertama dan kedua perlumbaan itu iaitu Matthew Richardson dan Harrie Lavreysen.
Ota disingkirkan selepas dipersalahkan akibat berlakunya pelanggaran antara pelumba Jerman dan Great Britain walaupun dia mampu menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.
Shah Firdaus dijangka turun beraksi untuk memburu pingat pada pukul 7.29 malam ini bersama lima lagi pelumba.