Berita Semasa

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang bukti patriotisma

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan kesyukuran atas kesempatan meraikan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 dalam suasana aman dan makmur hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia yang menjadi peneraju utama bagi program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hari ini, kita menerima Konvoi KMJG Selangor di Kolej Komuniti Selayang, Selangor, sebelum bergerak ke Pusat Komuniti Lembah Pantai.

“Syabas kepada semua peserta konvoi yang telah memberikan komitmen sepanjang program ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa program seperti Fun Run Jiwa Merdeka yang dianjurkan pagi ini, dengan penglibatan Komuniti Madani serta komuniti Lembah Pantai, membuktikan kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat dalam menzahirkan semangat patriotisme.

Fahmi turut menyentuh tema HKHM 2024, “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,” yang menurutnya adalah perlambangan kesepaduan rakyat Malaysia yang bersatu hati dan teguh jati diri.

Beliau juga menyeru rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing, sekurang-kurangnya satu bendera setiap rumah menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Fahmi berkata, penganjuran program seperti itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk organisasi media yang memberi liputan sepanjang bulan kebangsaan ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button