Berita SemasaPM X

PM gesa penjawat awam amalkan kecepatan ketika bertugas

PUTRAJAYA – Penjawat awam digesa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar kerajaan dapat dilaksanakan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan cara lama tak mungkin memberi kejayaan kepada pentadbiran dan negara.

“Kadang-kala saya rasa lemas. Saya bukan muda lagi, sepatutnya saya lebih perlahan tetapi kadang-kadang saya lebih laju daripada yang umur 40-an, macam mana?,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada sesi libat urus Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD), di sini hari ini.

Kata Anwar lagi, penjawat awam boleh memberi input segera sekiranya merasakan keputusan yang dibuat Jemaah Menteri tidak bijak.

“Mana-mana keputusan, kalau saudara, merasakan ini keputusan Jemaah Menteri tidak bijak, jadi segera bagi input tetapi apabila keputusan sudah dibuat, penjawat awam mesti jalankan dasar.

“Yang ini dasar baharu bukan sahaja bagi saudara malah kepada saya,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button