Berita Semasa

ADUN Mahkota meninggal dunia akibat pendarahan dalaman

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

Berita sedih itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.

“Pagi tadi saya sempat menziarahi Almarhumah yang sedang menjalani rawatan di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor bersama Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin.

“Betapa dalam doa dan rintihan hati saya berharap agar beliau sembuh dan dapat meneruskan perjuangan bersama-sama. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya. Kita kehilangan seorang pejuang wanita yang amat komited dan setia terhadap parti dan amat prihatin terhadap masyarakat.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Allahyarham di di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor hari ini.

“Salam takziah buat seisi ahli keluarga, moga tabah harungi kehilangan ini. Dan, marilah kita iringi pemergian Almarhumah di hari Jumaat yang indah ini dengan doa semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang solehah dan beroleh jannah,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button