Berita Semasa

Dua anggota IPD Kajang disyaki ‘paw’ warga asing ditahan

KAJANG – Selepas tular dalam media sosial baru-baru ini, dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kajang di sini yang disyaki melakukan pemerasan wang ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pemerasan oleh seorang lelaki warga asing dan juga satu video tular yang memaparkan kejadian itu.

“Hasil semakan video membawa kepada penahanan dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua mereka direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pengawai atau anggota yang didapati melakukan kesalahan dan jenayah.

Katanya, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan.

Show More

Related Articles

Back to top button