Sukan

Paris 2024: Petinju Itali Angela Carini tarik diri selepas ditumbuk dengan kuat oleh peninju transgender

PARIS – Petinju Itali, Angela Carini terpaksa menarik diri daripada perlawanan selepas pusingan pertama.

Carini yang turun beraksi menentang lawan dari Algeria, Imane Khalif ditumpaskan hanya dalam tempoh 46 saat.

Khelif menang pertarungan pertama di Sukan Olimpik selepas dibenarkan bertanding dalam kategori wanita welterweight meskipun berlaku pertikaian kelayakannya.

Khelif sebelum ini telah hilang kelayakan bertanding Kejohanan Dunia kerana tahap testosteron.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menegaskan bahawa Khelif telah memenuhi kriteria kelayakan untuk bertanding.

Imane Khalif (merah) sebelum ini pernah gagal ujian testosteron dalam Kejohanan Dunia.

Dalam pertarungan itu, Carini telah ditumbuk dua kali oleh Khelif dalam pusingan pertama.

Pukulan itu dilihat mematahkan bahagian dagu peninju Itali itu sebelum berundur ke belakang.

Carini kembali ke tengah gelanggang dan meninggalkan pertarungan dan menyebabkan Khelif diumumkan sebagai pemenang.

Petinju Itali itu mendakwa sebelum pertarungan bahawa dia ‘hanya boleh menyesuaikan diri dengan peraturan Olimpik’, Carini yang enggan bersalam selepas tamat perlawanan kemudian dilihat menangis di tengah gelanggang selepas tamat pertarungan.

Show More

Related Articles

Back to top button