Berita SemasaPM X

Himpunan Solidariti Palestin Ahad ini mesej tegas kepada Israel – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini merupakan isyarat kepada Israel bahawa Malaysia menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga sudah menzahirkan ketegasannya berhubung kekejaman terbaharu Israel hingga menyebabkan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

“Menteri Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan di Dewan Negara. Kita sudah bincang bersama Kabinet, sudah buat kenyataan tegas dan mengutuk kekejaman yang berterusan, pembunuhan, kegilaan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Ismail Haniyeh.

“Kita akan adakan perhimpunan pada hari Ahad ini, saya ingat ia sudah cukup untuk menyampaikan mesej serta menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Majlis Bacaan Tahlil, bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Hari Pahlawan di Masjid Negara yang dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Show More

Related Articles

Back to top button