Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes pergaduhan: Polis rampas tiga pucuk pistol

NIBONG TEBAL – Penahanan seorang suspek dalam satu kes pergaduhan membawa kepada penahanan tiga lagi suspek bersama tiga pucuk pistol dan sejumlah peluru di Sungai Bakap, di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah di Sungai Bakap hasil pandu arah suspek menemukan dua pucuk pistol angin jenama WE Tactical berwarna hitam dan perang bersama kelopak tanpa peluru.

Beliau berkata, susulan kejadian pergaduhan pada 13 Jun lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Juru dan kemudian menahan tiga lagi suspek berusia antara 19 hingga 24 tahun.

“Polis turut menjumpai satu kelopak (peluru) jenama BBloader Made in China, botol tertera tulisan Green Gas dan bungkusan galas bebola plastik berwarna putih.

“Kemudian, hasil pandu arah suspek ke sebuah pejabat yang terletak di Kampung Baru Valdor pula menemui sepucuk pistol jenis Glock tertera tulisan Austria, peluru tertera tulisan WCC 17, tiga peluru S&B Auto 45 dan peluru PMC Auto 45,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

“Salah seorang daripada suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960, manakala tiga lagi disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kesemua mereka direman selama lima hari bermula semalam sehingga 1 Ogos bagi siasatan lanjut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button