Sukan

Belal Muhammad anak Palestin pertama raih kejuaraan UFC

MANCHESTER – Petarung seni bela diri (MMA), Belal Muhammad berjaya merampas gelaran juara welterweight milik Leon Edwards selepas berjaya menewaskannya dalam aksi UFC 304, semalam.

Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan Belal petarung MMA berketurunan Palestin yang pertama meraih kejuaraan dunia di UFC.

Dalam pertarungan itu, Belal yang turun dengan rekod 10 kemenangan berturut-turut berjaya merampas gelaran Leon Edwards dalam UFC 304 dengan keputusan sebulat suara selepas lima pusingan.

Pertarungan ini merupakan ulangan daripada pertarungan pada tahun 2021 yang dianggap tidak sah akibat insiden tercucuk mata.

Dengan kemenangan ini, rekod profesional Belal kini menjadi 24-3, manakala Edwards 22-4.

Belal dilahirkan di Chicago oleh ibu bapa Palestin, dilatih oleh Roberto Ramirez dan Nicasio Sanchez, serta mendapat nasihat daripada bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Selain itu, Belal juga sering mengetengahkan isu Palestin dengan membawa bendera negara tersebut dalam setiap pertarungannya.

Show More

Related Articles

Back to top button