Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Buli siber: Kerajaan kaji pindaan Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah untuk menguatkuasakan undang-undang buli siber secara efektif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk menangani ancaman dalam talian.

Persidangan itu akan membincangkan isu keselamatan kanak-kanak, jenayah siber dan kawal selia media sosial dengan kehadiran pakar antarabangsa seperti Frances Haugen dan Dr. Taylor Owen.

Azalina juga berkata, perundangan baharu yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober merangkumi “kill switch” untuk keselamatan digital.

“Perundangan ini juga akan menetapkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet untuk menangani jenayah dalam talian.

“Selain itu, Universiti Sains Malaysia akan menjalankan kajian sosial mengenai keselamatan dalam talian untuk melengkapkan usaha kerajaan menggubal undang-undang yang holistik dan relevan,” katanya lagi.

Azalina menegaskan bahawa, kerajaan Madani akan terus menggerakkan pelbagai langkah bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang baharu ini berkesan dalam melindungi hak dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button